saleha_ahmad
    <description>saleha_ahmad</description>
Novel Popular & Komik
      <description>Rata-rata golongan sasterawan atau pemerhati sastera bercakap tentang novel popular. Ada yang bersetuju dan mengalu-alukan kedatangan novel popular di pasaran. Tidak kurang juga yang menolaknya sama sekali dengan alasan-alasan yang boleh diterimapakai. Bagaimana pula dengan komik? Tidakkah kita melihat secara terang-terangan bahawa komik yang berada di pasaran mencemarkan bahasa? Komik digemari golongan kanak-kanak juga awal remaja. Tidakkah ini membimbangkan kita dari segi penggunaan bahasa kanak-kanak tersebut?
   Saya pernah hadir ke sebuah pesta buku. Apa yang membuatkan hati saya... (more)</description>
Saat Sarat Kelahiran.
      <description>Baru-baru ini aku ada membaca berita di dalam akhbar tentang seorang mangsa banjir di Johor yang bersalin dengan mengikut arahan doktor melalui telefon. Dia tidak dapat dibawa ke hospital kerana jalan terputus akibat banjir. Lantas memoriku kembali ke tarikh 19.12.05. Aku telah melalui pengalaman tersebut sendirian. Tanpa bantuan doktor melalui telefon. Terlalu perit dan fobia sampai ke saat ini.
   Hujan turun sudah tiga hari tidak berhenti-henti. sekejap lebat dan sekejap renyai-renyai. Jiran-jiranku mula kalut kerana air dah mula masuk ke dalam rumah mereka. Rumah aku nasib baiklah aku... (more)</description>
Sombongkah Aku
      <description>Ada orang kata aku sombong? Benarkah? Aku tanya pada diri aku sendiri berkali-kali. Jika aku seorang yang sombong tentu aku tak akan ingat dan berusaha mencari kemudian berhubung dengan kawan-kawan sekelas sejak darjah satu dahulu. Jika aku seorang yang sombong, tentu aku tidak berbuat demikian terhadap rakan-rakan yang mula-mula aku temui ketika pertama kali menjejaki alam pekerjaan. Orang sombong tidak mempunyai kawan yang kekal. Itu tafsiran aku. Tak taulah jika ada orang lain dengan tafsiran mereka sendiri. Jika orang yang kata aku sombong itu tidak puas hati, dia boleh menghubungi... (more)</description>
Melentur Buluh
      <description>   Ada ketikanya terselit rasa kesal melihat masyarakat hari ini yang masih alpa. Yang uban sudah putih di kepala masih gah bergaya dengan seluar jeans dan melepak di kedai-kedai kopi tanpa mengira waktu, termasuk waktu Maghrib. Jika yang tua begitu sikapnya, apalagi dengan yang muda.
   Cuba kita bayangkan terhadap sebuah keluarga yang sederhana baik dari segi kehidupan mahupun bilangan ahlinya. Jika si ayah masih berlagak muda, lalai dari segi agama kerana terbawa-bawa dari zaman mudanya. Zaman mudanya seorang kaki mabuk, perahsuah dan kaki judi. Anak-anak pula tahu kisah zaman muda si... (more)</description>
Diuji Lagi II
      <description>            Memandangkan ada masalah mengenai ayahku yang tinggal sendirian di rumah, aku dengan berat hati menyuruh ayah pulang ke Perlis. Di Perlis iaitu di rumahku ada anak saudaraku yang merupakan ibu tunggal tinggal dan menjaga rumahku. Di sini pada mulanya anak saudara suamiku menemani ayah. Orang, maklum sajalah, berapa hari dia mahu menolong. Bukannya ada sangkutan dengan ayahku. Ayah pulang dengan kereta api ke Arau pada jam 2 pagi Ahad. Ketika ayah datang ke hospital sebelum pulang, aku menyalami ayah sambil menangis teresak2. Tak sanggup nak berpisah dengannya. Bagiku, ayah adalah... (more)</description>
Diuji Lagi
      <description>            Hari tu mak mentuaku sakit. Aku pulak baru sahaja sihat. Dua malam, menjelang subuh badanku menggeletar. Aku jadi sesak nafas. Jantungku seakan-akan berhenti berdenyut secara tiba-tiba. Ketika itu suamiku bertugas malam. Aku memanggil ayah yang juga tidur di tingkat atas, apabila rasa tak tahan lagi. Kebetulan anak saudara lelaki suamiku yang masih bujang bermalam di rumah untuk emenami mak mentuaku. Dia menelefon suamiku agar pulang segera. Selepas aku kembali seperti biasa, giliran emak mentuaku pula jadi seperti aku. Apabila suamiku pulang ke rumah, semuanya pulih.
           ... (more)</description>
Suami Tercinta
      <description>Sebelum ini aku sering bercerita tentang Arman. Arman atau Abdul Rahman kini sudah pun bergelar suamiku. kami diijabkabul pada 5 Sept 06 di rumahku. Hanya jamuan kecil dapat aku adakan. Keluarga sebelah pihak suamiku datang dengan sebuah van. Pada 6 Sept 06, aku dan suami pulang ke Sg Siput (U) Perak dengan motosikal. Ayahku ikut bersama keluarga suamiku pada petang selepas ijab kabul. Pada 10 Sept 06, kenduri yang agak besar telah diadakan di rumah salah seorang abang suamiku. Majlis tersebut amat meriah. Terasa seperti pertama kali aku berkahwin. Ramai kawan suamiku tidak menyangka bahawa... (more)</description>
CERPEN: PEDIH
-JANGAN cari abang lagi.  Antara kita sudah tiada apa-apa hubungan.  Mulai saat ini, abang bebaskan Ifa dengan talak satu.
            Hampir terlepas telefon bimbit dari genggaman tangan Ifa.  Tanpa tersedar dia meraung.  Terlalu berat penanggungannya ketika itu bila terkenangkan semula perkataan talak yang tertera di skrin telefon bimbitnya.  Semuanya pantas seperti mimpi.  Mimpi ngeri seorang isteri yang diceraikan lelaki bergelar suami.  Terasa gelap alam sekitarnya saat itu. ... (more)</description>
Orang Gaji Aduhai Orang Gaji
      <description>3 Jun 2006
Aku bangun macam biasa. Tadi selesai solat Subuh dan menanti terbitnya matahari di celahan bukit nun di hadapan rumahku, aku kembali tidur. Malaikat rahmat pastinya sudah selesai menjalankan tugas-tugasnya menghantar rezeki untuk hari ini. Jam 9 pagi aku bangun. Malam tadi aku sudah berpesan kepada Ti agar memasak mihun goreng jadi tak payahlah ayah keluar membeli sarapan seperti selalu. Ti bersetuju. Keluar sahaja dari dalam bilikku yang berhadapan dengan ruang tamu, aku lihat lantai rumahku bersih disapu. Ruang tamu kelihatan kemas. Langsir diikat kemas ke tepi manakala... (more)</description>
Pilu Berganti Jengkel
      <description>2 Jun 2006
Pagi yang sungguh menyedihkan bagi aku. Awal pagi Arman sudahpun mengejutkan aku. Dia ajak aku berbual sambil menikmati sarapan. Ayahku pula seperti memahami, membiarkan kami bersarapan bersama. Aku sering menyapu air mata. Entah kenapa, tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Lambatnya menanti tarikh 18 Jun untuk aku ke sana. Arman menyapu titisan air mataku. Maklumlah sudah beberapa hari dia berada di rumahku, terasa sayang untuk berpisah seketika.
Tepat jam 10.30 pagi, Arman bersedia untuk pulang. Dia menghulurkan RM 50 untuk aku simpan atau gunakan. Berat untuk aku mengambilnya... (more)</description>