Entry: Suami Tercinta Friday, January 05, 2007



Sebelum ini aku sering bercerita tentang Arman. Arman atau Abdul Rahman kini sudah pun bergelar suamiku. kami diijabkabul pada 5 Sept 06 di rumahku. Hanya jamuan kecil dapat aku adakan. Keluarga sebelah pihak suamiku datang dengan sebuah van. Pada 6 Sept 06, aku dan suami pulang ke Sg Siput (U) Perak dengan motosikal. Ayahku ikut bersama keluarga suamiku pada petang selepas ijab kabul. Pada 10 Sept 06, kenduri yang agak besar telah diadakan di rumah salah seorang abang suamiku. Majlis tersebut amat meriah. Terasa seperti pertama kali aku berkahwin. Ramai kawan suamiku tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan seorang janda kerana dia adalah anak teruna (bujak). Jodoh di tangan Tuhan. Selepas beberapa hari selesai majlis kenduri, suami bersama ayah dan tiga orang rakannya menaiki lori ke Perlis iaitu ke rumahku untuk mengambil perabot-perabot kesayanganku untuk dibawa ke rumahnya di Perak. Aku tidak benarkan suamiku membeli perabot baru. Semua itu hanya membazir. Kami bahagia tinggal bersama ayahku dan emak mentua. Emak mentuaku terlantar sakit. Tidak dapat bergerak apatah lagi berjalan. Aku menjaganya sebagaimana aku menjaga arwah emakku sendiri sedikit masa dahulu. Ayahku juga kelihatan begitu gembira sejak berhijrah ke sini. Segala kenangan pahit di Perlis, di kampungku dan di rumahku kami tinggalkan di sana. Aku ingin berhijrah dari segala kesedihan yang pernah menyelubungi hidupku. Begitulah hasratku sebelum datang ke Perak. Sehingga ke hari ini aku belum lagi pulang ke Perlis. Rasa seperti tertutup keinginan untuk pulang menjenguk banglo cetusan ideaku itu. Rumah itu kini anak saudaraku yang menjaganya. Aku berhasrat untuk menyewanya pada tahun ini - 2007. Semoga kewhidupanku bersama suami tercinta bahagia dalam rahmat Ilahi.

   4 comments

Saleha
January 8, 2007   09:50 AM PST
 
Sdr Ilhami, Terima kasih di atas doa dan harapan. Macam mana dengan projek sajak dengan DBP? kalau nak sajak sila SMS saya.

Sdr Jiwarasa, terima kasih sudi datang ke blog saya. memang permai dan damai tempat ini. Saya tinggal di Felda lasah. Jika pulang ke kampung, jemputlah ke rumah. Suami saya tau, kawan-kawan saya adalah penulis walaupun seorang lelaki. Tak lebih dari itu.

Zalisa, ya, di sini saya dah buka buku baru... Tulis novel baru.
ilhami
January 6, 2007   08:47 PM PST
 
Semoga terus bahagia
jiwarasa
January 6, 2007   09:50 AM PST
 
Salam.

Tahniah dan selamat menjalani hidup baru.

Kebetulan Sg Siput adalah kampung saya. Lahir dan besar di Kg Bahagia dan Kg Muhibbah. Aman damai tempatnya. Moga bertemu bahagia di situ.

zalisa
January 5, 2007   11:29 PM PST
 
tinggalkan yg lama buka kitab baru. moga kali ini hidupmu dan suami dirahmati Allah.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments